contoh jawapan:
1. Gaya hidup yang sihat memberi peluang untuk memperbaiki keadaan kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit. Terangkan ciri-ciri gaya hidup yang sihat.
Gaya hidup merujuk kepada tingkah laku yang diamalkan oleh seseorang individu dalam masyarakat. Gaya hidup berbeza mengikut budaya masyarakat setempat, di bandar ataupun di luar bandar. Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan atau tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup sihat antara lain melibatkan lima kompoinen seperti makanan seimbang, kebersihan diri, tidak menyalahgunakan bahan, rehat yang cukup dan bersenam.
Masalah pemakanan merupakan masalah yang berkait rapat dengan kesihatan. Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan kita menghidap penyakit tertentu, begitu juga jika kekurangan atau terlebih pengambilan sesuatu makanan. Makanan yang seimbang diperlukan untuk kita memelihara kesihatan kita agar tubuh badan kita boleh berfungsi dengan baik. Makanan seperti pyramid makanan adalah diperlukan. Makanan seimbang juga memerlukan kita mengimbangkan jumlah kalori yang kita ambil melalui makanan harian kita.
Kebersihan diri adalah penting untuk menjaga kesihatan diri kita. Mejaga kebersihan tubuh badan dan peralatan peribadi adalah penting. Kita seharusnya menjaga kebersihan muka, tangan, kaki, kulit, kuku, kasut, tuala dan pakaian. Gaya hidup sihat menuntut kita untuk tidak menyalahgunakan bahan. Penyalahguanaan bahan adalah seperti merokok, mengambil dadah dan minum alcohol.
Rehat yang cukup adalah asas kepada kesihatan yang baik. Rehat boleh membantu mencegah keletihan yang akan memudaratkan kesihatan. Tidur merupakan rehat yang sempurna. Tidur membolehkan system tubuh badan termasuk otak berehat dan selepas tidut yang cukup, system tersebut akan dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Bagi bayi, mereka memerlukan 16 jam sehari untuk tidur, remaja pula 8-9 jam dan dewasa 6-7 jam sehari.
Senaman adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan tahap kecergasan yang tinggi. Kelebihan senaman adalah seperti mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetis, menambahkan kekuatan jantung dan paru-paru, memperkuat tulang dan mencegah osteoporosis, membakar lemak untuk mengawal berat badan berlebuhan, meningkatkan kolesterol baik di dalam darah, membantu untuk tidur yang baik dan mengurangkan tekanan dalam diri.
Kesimpulannya, Gaya hidup yang sihat mempunyai kedua-dua manfaat kesihatan jangka pendek dan panjang. jangka panjang, makan diet yang seimbang, bersenam secara tetap dan mengekalkan berat badan yang sihat boleh menambah tahun kepada kehidupan anda dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit tertentu termasuk kanser, kencing manis, penyakit jantung, osteoporosis dan obesiti. Dalam jangka masa pendek, ia juga boleh membuat anda rasa dan kelihatan terbaik anda, memberi anda lebih banyak tenaga dan membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat.
(377 patah perkataan)
No comments:
Post a Comment